PERTOLONGAN CEMAS (PC)

PC adalah pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulan.

OBJEKTIF
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan keadaan diri menjadi lebih teruk
3. memberi kelegaan san keselesaan

SIFAT-SIFAT AMALI PERTOLONGAN CEMAS.
1. Tajam perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal berudi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
7. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

BERTINDAK BERDASARKAN KEDAPA NILAIAN ANDA
1. Tidak sedar diri, tidak nadi atau tidak bernafas
- a. Dail 999 untuk ambulan
b. Mulakan CPR
2. Tidak sedar diri, tidak bernafas, nadi wujud.
- a. Beri 12 hembusan pernafasan
b. Dail 999 untuk ambulan
c. Pemulihan pernafasan
3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat mana-mana kecederaan yang boleh
membahayakan nyawa.
b. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan
pemulihan
c. Dapatkan bantuan
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat sebaik-baik cara
b. Dapatkan bantuan jika perlu.

Pendarahan

1. Mengesan punca pendarahan
2. Teruskan tekanan kepada bahagian luka
3. Letakkan kain kasa atau kain yang bersih jika boleh pada kawasan luka.
4. Kalau boleh, guna sarung tangan getah, kain balut atau balutan plastik
5. Jangan menanggalkan kain balutan yang pertama walaupun telah penuh dengan darah.
6. Jangan mengalihkan benda yang mencucuk pada bahagian luka.
7. Periksa samada pendarahan berhenti.

Kalau YA maka
1. Berikan rawatan kejutan.
2. Jaga bahagian luka.
3. Cari rawatan jika perlu.

Kalau TIDAK maka
1. Tinggikan bahagian tersebut daripada kepala.
2. Terus berikan tekanan kepada bahagian luka.
3. Kemudian periksa sekali lagi samada pendarahan sudah berhenti.
4. Jika tidak kesan point tekanan dan berikan tekanan yang lebih disitu.
5. Periksa sekali lagi samada pendarahan sudah berhenti.
6. Jika masih tidak maka harus dapatan bantuan pakar dengan segera.

No comments: