PERTOLONGAN CEMAS (PC)

PC adalah pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulan.

OBJEKTIF
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan keadaan diri menjadi lebih teruk
3. memberi kelegaan san keselesaan

SIFAT-SIFAT AMALI PERTOLONGAN CEMAS.
1. Tajam perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal berudi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
7. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

BERTINDAK BERDASARKAN KEDAPA NILAIAN ANDA
1. Tidak sedar diri, tidak nadi atau tidak bernafas
- a. Dail 999 untuk ambulan
b. Mulakan CPR
2. Tidak sedar diri, tidak bernafas, nadi wujud.
- a. Beri 12 hembusan pernafasan
b. Dail 999 untuk ambulan
c. Pemulihan pernafasan
3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat mana-mana kecederaan yang boleh
membahayakan nyawa.
b. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan
pemulihan
c. Dapatkan bantuan
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat sebaik-baik cara
b. Dapatkan bantuan jika perlu.

Pendarahan Melalui Hidung


1. Jikalau hidung dipukul maka disyaki terdapat tulang patah.
2. Dudukan mangsa dengan menyandar ke depan supaya darah tidak memasuki kerongkong.
3. Picit bahagian hidung yang lembut selama 5 minit.
4. Periksa samada pendarahan telah berhenti.

Kalau TIDAK maka
1. Picit hidung 5 minit lagi.
2. Jikalau pendarahan masih tidak berhenti maka cuba cara yang boleh memberhentikan pendarahan.
3. Jika pendarahan masih tidak berhenti maka dapatakan bantuan pakar dengan segera.

Kalau YA maka
1. Jaga dengan baik.
2. Bersihkan kawasan pendarahan.

No comments: