PERTOLONGAN CEMAS (PC)

PC adalah pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulan.

OBJEKTIF
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan keadaan diri menjadi lebih teruk
3. memberi kelegaan san keselesaan

SIFAT-SIFAT AMALI PERTOLONGAN CEMAS.
1. Tajam perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal berudi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
7. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

BERTINDAK BERDASARKAN KEDAPA NILAIAN ANDA
1. Tidak sedar diri, tidak nadi atau tidak bernafas
- a. Dail 999 untuk ambulan
b. Mulakan CPR
2. Tidak sedar diri, tidak bernafas, nadi wujud.
- a. Beri 12 hembusan pernafasan
b. Dail 999 untuk ambulan
c. Pemulihan pernafasan
3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat mana-mana kecederaan yang boleh
membahayakan nyawa.
b. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan
pemulihan
c. Dapatkan bantuan
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat sebaik-baik cara
b. Dapatkan bantuan jika perlu.

Patukan Ular


1. Pastikan mangsa tenang.
2. Kenalpasti jenis ular untuk menyenangkan pencarian penawar kemudian.
3. Jangan bazirkan terlaku banyak masa untuk kenalpasti.
4. Berhati-hati dengan kawasan tersebut dan juga ular yang mematuk walaupun ular yang

telah mati.
5. Kenalpasti ular yang mematuk untuk langkah seterusnya.

Kalau Ular Kapak maka
1. Pastikan bahagian patukan dibawah paras jantung.
2. Bersihkan bahagian patukan .
3. Letakkan penganduh pada bahagian patukan untuk mengurangkan pergerakan dan sakit.
4. Pastikan samada rawatan dapat diperolehi dalam masa kurang daripada satu setengah jam.

5. Kalau ya maka pastikan samada rawatan dapat diperolehi dalam masa 30 minit selepas
patukan.
6. Dapatkan bantuan pakar dengan segera.

Kalau Ular Coral maka
1. Bersihkan bahagian patukan
2. Jangan hisap atau memotong bahagian patukan.
3. Dapatkan bantuan pakar dengan segera.

Kalau Ular Tak Berbisa maka
1. Bersihkan kawasan patukan.
2. Rawati kawasan luka.
3. Berjaga-jaga supaya tidak terdapat jangkitan.

No comments: