PERTOLONGAN CEMAS (PC)

PC adalah pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulan.

OBJEKTIF
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan keadaan diri menjadi lebih teruk
3. memberi kelegaan san keselesaan

SIFAT-SIFAT AMALI PERTOLONGAN CEMAS.
1. Tajam perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal berudi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
7. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

BERTINDAK BERDASARKAN KEDAPA NILAIAN ANDA
1. Tidak sedar diri, tidak nadi atau tidak bernafas
- a. Dail 999 untuk ambulan
b. Mulakan CPR
2. Tidak sedar diri, tidak bernafas, nadi wujud.
- a. Beri 12 hembusan pernafasan
b. Dail 999 untuk ambulan
c. Pemulihan pernafasan
3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat mana-mana kecederaan yang boleh
membahayakan nyawa.
b. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan
pemulihan
c. Dapatkan bantuan
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat sebaik-baik cara
b. Dapatkan bantuan jika perlu.

Gigitan Serangga


Adakah gigitan tebuan?

Kalau BUKAN maka
1. Kenalpasti gigitan serangga yang terkena.
2. Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.

Kalau YA maka
1. Lihat samada sesungut masih tercucuk pada badan.
2. Jika ada jadi keluarkan sesungut itu dengan menggunakan kuku, kredit kad atau pisau.
3. Ingat jangan memicit sengatan tersebut.
4. Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.



Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.

Kalau TIDAK maka
1. Cucikan kawasan sengatan.
2. Letakkan bungkusan ais selama 15 hingga 20 minit.
3. Kurangkan kesakitan mangsa sengan memberi aspirin atau acetaminophen.
4. Kurangkan kegatalan dan kebengkakan dengan krim topical steroid.
5. Kekalkan bahagian sengatan lebih rendah daripada paras jantung.

Kalau YA maka
1. Cari bantuan pakar dengan segera.
2. Pastikan bahagian sengatan lebih rendah daripada paras jantung.
3. Letakan constriction band.
4. Pastikan ABC mangsa dan buat perkara yang patut jika ABC mangsa tersumbat.

No comments: