PERTOLONGAN CEMAS (PC)

PC adalah pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulan.

OBJEKTIF
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan keadaan diri menjadi lebih teruk
3. memberi kelegaan san keselesaan

SIFAT-SIFAT AMALI PERTOLONGAN CEMAS.
1. Tajam perhatian
2. Pantas ikhtiar
3. Tidak kasar
4. Berakal berudi
5. Bertimbang rasa
6. Sentiasa tersenyum
7. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

BERTINDAK BERDASARKAN KEDAPA NILAIAN ANDA
1. Tidak sedar diri, tidak nadi atau tidak bernafas
- a. Dail 999 untuk ambulan
b. Mulakan CPR
2. Tidak sedar diri, tidak bernafas, nadi wujud.
- a. Beri 12 hembusan pernafasan
b. Dail 999 untuk ambulan
c. Pemulihan pernafasan
3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat mana-mana kecederaan yang boleh
membahayakan nyawa.
b. Letakkan pesakit dalam keadaan baringan
pemulihan
c. Dapatkan bantuan
4. Sedar, bernafas dan nadi wujud.
- a. Rawat sebaik-baik cara
b. Dapatkan bantuan jika perlu.

Pendarahan Melalui Hidung


1. Jikalau hidung dipukul maka disyaki terdapat tulang patah.
2. Dudukan mangsa dengan menyandar ke depan supaya darah tidak memasuki kerongkong.
3. Picit bahagian hidung yang lembut selama 5 minit.
4. Periksa samada pendarahan telah berhenti.

Kalau TIDAK maka
1. Picit hidung 5 minit lagi.
2. Jikalau pendarahan masih tidak berhenti maka cuba cara yang boleh memberhentikan pendarahan.
3. Jika pendarahan masih tidak berhenti maka dapatakan bantuan pakar dengan segera.

Kalau YA maka
1. Jaga dengan baik.
2. Bersihkan kawasan pendarahan.

Pendarahan

1. Mengesan punca pendarahan
2. Teruskan tekanan kepada bahagian luka
3. Letakkan kain kasa atau kain yang bersih jika boleh pada kawasan luka.
4. Kalau boleh, guna sarung tangan getah, kain balut atau balutan plastik
5. Jangan menanggalkan kain balutan yang pertama walaupun telah penuh dengan darah.
6. Jangan mengalihkan benda yang mencucuk pada bahagian luka.
7. Periksa samada pendarahan berhenti.

Kalau YA maka
1. Berikan rawatan kejutan.
2. Jaga bahagian luka.
3. Cari rawatan jika perlu.

Kalau TIDAK maka
1. Tinggikan bahagian tersebut daripada kepala.
2. Terus berikan tekanan kepada bahagian luka.
3. Kemudian periksa sekali lagi samada pendarahan sudah berhenti.
4. Jika tidak kesan point tekanan dan berikan tekanan yang lebih disitu.
5. Periksa sekali lagi samada pendarahan sudah berhenti.
6. Jika masih tidak maka harus dapatan bantuan pakar dengan segera.

Patukan Ular


1. Pastikan mangsa tenang.
2. Kenalpasti jenis ular untuk menyenangkan pencarian penawar kemudian.
3. Jangan bazirkan terlaku banyak masa untuk kenalpasti.
4. Berhati-hati dengan kawasan tersebut dan juga ular yang mematuk walaupun ular yang

telah mati.
5. Kenalpasti ular yang mematuk untuk langkah seterusnya.

Kalau Ular Kapak maka
1. Pastikan bahagian patukan dibawah paras jantung.
2. Bersihkan bahagian patukan .
3. Letakkan penganduh pada bahagian patukan untuk mengurangkan pergerakan dan sakit.
4. Pastikan samada rawatan dapat diperolehi dalam masa kurang daripada satu setengah jam.

5. Kalau ya maka pastikan samada rawatan dapat diperolehi dalam masa 30 minit selepas
patukan.
6. Dapatkan bantuan pakar dengan segera.

Kalau Ular Coral maka
1. Bersihkan bahagian patukan
2. Jangan hisap atau memotong bahagian patukan.
3. Dapatkan bantuan pakar dengan segera.

Kalau Ular Tak Berbisa maka
1. Bersihkan kawasan patukan.
2. Rawati kawasan luka.
3. Berjaga-jaga supaya tidak terdapat jangkitan.

Gigitan Serangga


Adakah gigitan tebuan?

Kalau BUKAN maka
1. Kenalpasti gigitan serangga yang terkena.
2. Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.

Kalau YA maka
1. Lihat samada sesungut masih tercucuk pada badan.
2. Jika ada jadi keluarkan sesungut itu dengan menggunakan kuku, kredit kad atau pisau.
3. Ingat jangan memicit sengatan tersebut.
4. Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.



Pastikan samada mangsa ada alahan terhadap gigitan serangga.

Kalau TIDAK maka
1. Cucikan kawasan sengatan.
2. Letakkan bungkusan ais selama 15 hingga 20 minit.
3. Kurangkan kesakitan mangsa sengan memberi aspirin atau acetaminophen.
4. Kurangkan kegatalan dan kebengkakan dengan krim topical steroid.
5. Kekalkan bahagian sengatan lebih rendah daripada paras jantung.

Kalau YA maka
1. Cari bantuan pakar dengan segera.
2. Pastikan bahagian sengatan lebih rendah daripada paras jantung.
3. Letakan constriction band.
4. Pastikan ABC mangsa dan buat perkara yang patut jika ABC mangsa tersumbat.

Gigitan Binatang

Adakah kulit terkoyak akibat gigitan?

Kalau TIDAK maka
1. Letakan cold pack pada luka.
2. Beritahu apa yang berlaku kepada tuan punya binatang atau pihak berkuasa jika binatang liar.

Kalau YA maka
1. Bersihkan kawasan luka terlebih dahulu.
2. Tekankan bahagian luka untuk mengawal pendarahan.
3. Dapatkan bantuan pakar dengan segera.

Semasa mendapatkan bantuan pakar nyatakan samada binatang yang mengigit itu liar atau tidak.

Kalau Tidak maka
1. Beritahu tuan binatang atau pihak polis mengenai gigitan yang berlaku.
2. Perhatikan samada binatang itu mempunyai penyakit anjing gila.

Kalau YA maka
1. Jangan cuba untuk menangkap binatang itu.
2. Jangan cuba untuk membunuh binatang itu.
3. Cuba hubungi pihak berkuasa yang berkenaan.